|
|
|
|
(a)
Permohonan boleh dilakukan melalui dua pilihan.
(i) Permohonan boleh
dibuat secara 'online' melalui laman web MPSP iaitu di
http://www.mpsp.gov.my
(ii) Permohonan juga boleh
dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Kaunter
Berpusat,
Bangunan Ibu Pejabat, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama,
Bandar Perda,
14000 Bukit
Mertajam,Pulau Pinang, dengan membayar RM2.00 sekeping. Calon-calon yang ingin
memohon
borang
melalui pos mestilah menyertakan sampul surat bersetem 30 sen,berukuran 23sm x
10sm yang beralamat
sendiri dan
wang pos sebanyak RM2.00 di atas nama Setiausaha Perbandaran.
(b) Hanya permohonan menggunakan Borang Permohonan yang perlu disertakan
dengan salinan sijil atau salinan
keputusan peperiksaan bagi kelayakan
yang disyaratkan. Permohonan secara 'online' tidak perlu kerana dokumen
tersebut hanya akan diminta apabila
calon yang berjaya dipanggil temuduga.
(c) Permohonan dari bekas tentera mestilah disertakan dengan bukti rekod
perkhidmatan dari Kementerian Pertahanan
Malaysia
(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam
sampul surat berukuran 23sm x 10sm. Di
sudut atas sebelah kiri sampul surat
hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
(e) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK
Permohonan Melalui Borang
(i) Tidak disertakan dengan
dokumen yang diperlukan;
(ii) Tidak lengkap atau tidak
terang;
(iii) Tidak memenuhi
syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
(iv) Tidak menyertakan bukti
rekod perkhidmatan dari Kementerian Pertahanan Malaysia;
(v) Tidak ditulis Nombor Kad
Pengenalan;
(vi) Tidak kemukakan melalui
Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
(vii) Tidak ditandatangani
Permohonan Secara Online
(i) Tidak memenuhi
syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
(ii) Permohonan daripada
pegawai yang sedang berkhidmat dalam Jabatan/Agensi Kerajaan;
(iii) Permohonan tidak lengkap. |
|
|
| Calon-calon bagi
lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan. |
|
|
| TETAP/KONTRAK |
|
|
| Permohonan hendaklah sampai
kepada :
SETIAUSAHA PERBANDARAN
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
JALAN PERDA UTAMA
BANDAR PERDA
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG.
Tarikh tutup permohonan
adalah seperti di Senarai Iklan Jawatan Kosong.
|
|
|
(a)
Bagi permohonan melalui borang, calon-calon yang memohon lebih daripada satu
jawatan hendaklah menggunakan
borang berasingan.
(b) Bagi permohonan secara 'online', calon-calon yang memohon lebih
daripada satu jawatan hendaklah menggunakan
Login ID dan katalaluan yang berasingan.
(c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
untuk temuduga.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari
tarikh iklan ditutup hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya
|
|
|